Sunday, November 2, 2008

Kuala Menjing oh Kuala Menjing



Kampung Kuala Menjing yang terletak di tengah perjalanan menuju kawasan perkelahan tersohor iaitu Hutan Lipur Sekayu atau Taman Pertanian Negeri, Sekayu. Kepadatan penduduk lebih kurang 1000 orang. Sebuah kampung yang di dalamnya terletak perkuburan lama iaitu Makam Tok Belian Mahmud. Satu sungai yang menalir jernih air mengairi tanah lapang di tengah2 perkampungan iaitu Sungai Tersat. Sebut saja Kampung Kuala Menjing sudah tentu terbayang akan suasana kampung yang nyaman.

Dulu perkampungan ini memang indah, bukan saja indah pemandangannya malahan indah dengan perangai manusia yang mendiaminya. Tapi kini, suasana telah berubah. Mungkin dek kerana perubahan dan peredaran zaman atau kerana sikap sambil lewa mereka yang bertanggung jawab mengurus hal ehwal penduduk.

Percaya atau tidak, kampung ang letaknya 8 km dari pekan Kuala Berang ini telah bergelumang dengan pelbagai gejala sosial. Siapakah yang harus dipersalahkan? Apa yang penting pemimpin ang di pertanggungjawabkan bagi memastikan penduduk kampung bukan saja berada dalam situasi yang aman malahan juga kesejahteraan mereka di titik beratkan.

Gangguan binatang liar seperti gajah telah menjadi perkara biasa kepada penduduk kampung. Mereka tidak dapat keluar ke kebun dan ladang kerana ketakutan. Harta benda musnah dalam sekelip mata. Berbagai janji telah dibuat bagi menghilangkan rasa amarah penduduk kampung. Janji untuk membayar pampasan tinggal janji.















................................. LIHAT DAN TELITI AKAN REALITI.......................

Tuesday, April 8, 2008

Tahniah

Tahniah kepada YB Encik Rozi Mamat ADUN Telemong yang dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Terengganu. Semoga DUN Telemong yang diwakili beliau akan terus maju jaya.